PERMULAAN PERNIAGAAN



Pada tahun 1974, ketika itu Tan Sri SM Nasimuddin berusia 19 tahun telah menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau membuka kedai keretanya di Taman Maluri yang menjual 10 hingga 15 unit kereta setiap bulan.Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berjaya menjual 40 hingga 60 kereta sebulan.
Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing.Beliau meraih hasil keuntungan bernilai sejuta ringgit dalam masa setahun.
Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu berjaya di Malaysia.Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1979.Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat – alat mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.
Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasimuddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.Beliau juga berkata: "Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini.Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya."
Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing.Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.
“Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan.Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju,” katanya.“Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah”.
Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya,Nasimuddin berkata beliau tidak banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang”.