KESIMPULAN

Kesimpulan yang diperolehi berdasarkan usahawan pilihan saya iaitu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin ialah dengan melalui minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara dapat membantu mencapai kejayaan seperti petikan daripada kata-kata beliau, “Untuk berjaya anda mesti suka apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda mesti mempunyai rancangan dan mempunyai arah tujuan dan dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil dan berjalan selangkah demi selangkah”.Selain itu, beliau juga mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek dengan mengumpul wang sebanyak RM80,000 pada usia 19 tahun dengan membantu bapanya yang bekerja sebagai kontraktor untuk digunakan sebagai modal dengan membeli kereta terpakai buatan Jepun.
Beliau juga bijak mengambil peluang yang ada dengan menjual kereta buatan Jepun yang mana ketika itu rakyat Malaysia menyukai barangan buatan Jepun dan memegang francais Malaysia untuk Korea Selatan bagi kereta-kereta Kia dan Perancis bagikereta-kereta Peugeot. Beliau juga memegang permit import untuk kereta-kereta Mercedes Benz dan Mazda.
Sikap seorang usahawan berjaya terdapat dalam diri beliau iaitu ketegasan membuat keputusan dan berani menyuarakan pendapat. Sikap ini dapat dilihat apabila menafikan secara keras mengenai kontroversi pengeluaran berpuluh ribu dokumen permit kereta import kepada beliau oleh kerajaan dengan bayaran tertentu
Keyakinan diri yang tinggi didalam diri beliau menguntungkan Negara serta menyelamatkan kebanggaan negara iaitu dengan membeli 40% kepentingan syarikat pengeluaran kereta nasional, PROTON yang mengalami masalah kewangan akibat kegawatan ekonomi dan menyelamatkan syarikat tersebut.Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh beliau, maka beliau dikurniakan anugerah Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bawa gelaran Tan Sri dan pada tahun 2002, beliau telah dinamakan Motoring Man The Year olehNews Straits Times.
Beliau juga menerima salah satu daripada anugerah-anugerah tertinggi Korea Selatan bagi sumbangannya untuk industri automotif iaitu Presidential Award, pingat perkhidmatan daripada duta KoreaSelatan ke Malaysia, Son Sang-Ha bagi pihak Presiden Korea Selatan, pada satu majlis di kedutaan itu di Malaysia dan beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama telah menerima anugerah tersebut.