KUNCI KEJAYAAN

• Melihat dan merebut peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasimuddin lakukan dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil di sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan.Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenalpasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan dalam usaha memperluaskan pasaran.Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

• Yakin Terhadap Keupayaan Diri
Tan Sri Nasimuddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan.Hal ini dapat ditonjolkan melalui minat beliau untuk membeli 40% kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan.Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut.Sikap ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakal dihadapi.Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri.Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yangdihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu atau menyahut sesuatu cabaran.

• Kecekalan
Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasimuddin telah menjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri – industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasimuddin.
• Mencari Maklumat Atau Penyelidikan
Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliau gunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukan ini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakan kajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

• Ketegasan
Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yangdikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

• Meyakinkan Orang Lain
Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkan orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan lain- lain kualiti perlulah ada di dalam diri seseorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu perlulah berilmu dan berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana beliau mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan dengan bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Dia membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuat demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr.Mahathir.